Thursday, August 6, 2009

MAKLUMAT AM PEKAN KIULU.

Pekan Kiulu adalah satu pekan kecil yang terletak dalam daerah Tuaran. Letaknya, kira-kira 14 kilometer dari Pekan Tamparuli, kira-kira 24 kilometer dari Pekan Tuaran dan kira-kira 60 kolimeter dari bandar Kota Kinabalu. Keluasan kawasannya ialah lebih kurang 282,000 kaki persegi. Walaupun Pekan Kiulu merupakan sebuah pekan yang kecil namun Kiulu bukanlah sesuatu yang asing khususnya di kalangan pelancong luar dan penduduk Sabah amnya. Aktiviti menyusuri sungai yang deras atau rafting begitu sinonim di kawasan ini dan menjadi tumpuan pelancong dalam mengisi aktiviti percutian mereka. Keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara dan kejernihan sungai menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke kawasan ini.

Related Posts :



0 comments:

Post a Comment