Sunday, August 9, 2009

ASAL-USUL NAMA PEKAN KIULU.

Menurut cerita, pada masa dahulu apabila kawasan ini diterokai terdapat banyak tumbuhan yang dinamakan 'Tulu' tumbuh di tebing-tebing sungai. Pokok 'Tulu' ialah sejenis buluh kecil yang biasanya tumbuh di tebing sungai. Pada asalnya pekan ini tidak mempunyai nama, namun oleh kerana terdapat banyak pokok 'Tulu' maka orang yang mula-mula meneroka kawasan ini menyebut 'Kitulu' yang bermaksud kawasan yang ada pokok 'Tulu'. Lama-kelamaan istilah 'Kitulu' beransur-ansur berubah menjadi Kiulu dan menjadi nama rasmi Pekan Kiulu.

Related Posts :



0 comments:

Post a Comment